Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal hijrah...hijrah ke arah lebih baik

Kalendar islam telah pun ditutup secara rasminya dan lembaran kini telah terbuka.Namun apakah perubahan pada diri kita? masih dengan lembaran yang sama?Aku? hmm tak banyak perubahan yang berlaku setelah lama aku hilang dalam dunia blogging ni.cuma kalau dulu aku distesyen tv lain..kini aku telah duduk di stesyen tv swasta lain plak.Tak tau sampai bila..atau aku masih kekal dalam dunia hiburan ni.Bila aku amati tarikh last aku blogging..lama juga tu.hmm terasa Lama sungguh jari jemari ku ini tak melawat blog yang pernah aku update hampir setiap minggu ni.Tak tau kenapa macam malas nak update pasal diri sendiri.bukan besh pun citer pasal diri aku ni yang nak di kongsi bersama tapi sekarang da jadi semacam trend orang suka membaca pasal orang lain atau orang suka baca pasal pendapat orang lain.lebih2 lagi kalau gossip..beribu2 lemon akan menderu masuk ke sesebuah blog untuk membaca.bagus juga orang kita telah mengamalkan budaya membaca ni kan..oleh kerana itu aku cuba jugalah merajikan jari jemari ku ini untuk 'create' balik blog yang telah lama aku abaikan.nasib baik takde sarang labah2 ke atau lipas yang berlari2 anak dalam blog aku ni.kalau tak penat gak nak membersihkan.Tahun baru islam telah pun bermula kini menantikan kalendar 2010 pula melabuhkan tirainya.2011 bakal tiba tak lama lagi.rasa macam semalam je kite menempuh 2010..tiba2 da nak sampai penghujungnya.setiap tahun kita pasti akan menanam satu azam untuk menjadi lebih baik..lebih hebat..lebih segala2nya..adakah impian korang telah tercapai? aku hanya mengharapkan tahun baru ini akan menjadi lebih baik buat aku dan keluarga.ku tinggalkan kenangan manis dan pahit pada tahun 2010 dan melangkah dengan cara yang baru dan perancangan yang lebih rapi untuk menghadapi tahun 2011.kita semakin 'tua' dan dari semasa ke semasa perjalanan makin lemah..pergerakan semakin terbatas..semuga sinar akan terus menyinari..dan aku dilempahi cahaya yang membawa aku ke jalan yang diredhai.