Wednesday, June 29, 2011

Bang Bang Bommmm!

Hentahlah sama ada dah tade idea atau terlebih idea dowang ni. Aritu aku dok layan satu program menyakat owang ni kat TV3. Selama ni aku bole terima la segala sakatan dowang ni kt mangsa2 yang kena sakat tu..tapi kali ni aku rasa sakatan dowang ni agak melampau. Elemen yang mereka mainkan adalah elemen masuk meminang..yang kita tau itu adalah budaya masyarakat melayu yang dianggap manis dan tertib untuk meminang anak dara orang.Yela macam2 style nak pinang anak orang kan...ada tu...jumpa je pompuan tu.."Do u want to be my wife?" dan pompuan akan menjerit..."yes i do!" sambil lelaki melutut dan menyarungkan cincin...padahal mak bapak kat umah tak tau ape kan...so itu kalu gune budaya barat atau luar. Tapi budaya kita adalah dengan menghantar wakil dan meminta izin pada keluarga dan tuan punya badan itu sendiri. Ahhh kan nampak tertib dan manis..mana sume pihak tahu. Tapi idea dari penerbit program BBB ni plak memalukan masyarakat melayu dengan memainkan elemen pertunangan itu..tak ke bodoh dan bangang namenyer? bawak satu gerombolan dengan barang semua dirumah keluarga perempuan lepas cakap serpraissssss bang bang kebabommm..anda tertipu! amboiii senangnyer idup kowang yer. kelakar ke tu? itu memalukan namenye.
Walau pihak perempuan bole terima ke atau tidak..tapi penonton seluruh negara tak bole beb! kalau lah benda tu terjadi pada seorang perempuan yang memang lurus bendul la..dan dia menerima keputusan keluarga..pastu kowang kate oppss sori memain jek..apa rasa? mesti pompuan tu rasa sampai hati mempermainkan dihadapan orang ramai..macam dia tak layak untuk bertunang dengan betul sampai dipermainkan begitu...agak2 pompuan tu bunuh diri tak pas tu? hmm ni la sekarang generasi yang kekadang terlebih pandai. lenkali bila nak buat tu cuba check apa hasilnya pada orang ramai dan juga tuan badan.Bukan main bedal jek bedul!




ps: cuba lepas ni buat lawak nikah plak..panggil pak imam sume..pastu sepraisssss king kong tu kuar...bang bang bommm!!! hah memang kena bom la nko!

Tuesday, June 28, 2011

Menulis dan membaca....


Penyakit malas dengan aku memang tak dapat dipisahkan, macam aur dengan tebing..macam lagu dan irama.Penyakit nak menulis dalam blog ni pun da kira berkurun aku tak 'jengah'.Sampai terlupe sekejap apa ek blog aku..isk..isk.Tapi dengan adanya masa terbuang yang kini aku kecapi, aku rasa patutlah aku isi dengan benda yang berfaedah...iaitu menulis dan membaca!.aku minat sebenarnye menulis ni..tak kira lah..lirik ke..cerita ke..pape je benda yang mengarut la. Tapi? ya tapi...aku PEMALAS! Walau macamanapun aku kuatkan semangat semerah padi...aku perlu tulis! sebab apa? sebab banyak sangat benda yang berlaku didepan kacamate aku ni...aku tak bole diam!..aku harus luahkan!..ya luahkan..so untuk merawat dari penyakit kemurungan..aku harus banyak menulis dan membaca.Generasi sekarang pun aku tengok dah banyak membaca dan menulis. Kini semua nak jadi penulis blog..dari budak sekolah rendah sehingga la yang da tua bangka..nak menulis dalam blog ker..buku cerita ker..dalam laman sosial ke..sume ada kena mengena dengan menulis dan meluahkan sesuatu. Dan generasi baru kini juga dalam pada masa itu juga suka membaca..tak kira jugalah baca novel ke..blog ker..berita ker..ape jela. Masuk dalam laman sosial kite buat ape? membaca..baca update status orang..baca komen orang. So kira baguslah budaya kita sekarang yang da mula nak membaca..dari budak sekolah rendah yang tak minat nak membaca..da ada minat da..aah dia minat nak baca facebook..twitter la..myspace la..macam2 lagi. Sibuk soh mak ke abah ke buat kan laman facebook untuk mereka..padahal had umur untuk log in laman sosial tu sume bermula dari peringkat umur belasan tahun jek. Budak2 kecik yang hingus masih hijau pekat sekarang da sibuk and pandai nak jugekkk update status kat laman sosial. Aku tak kisah sangat la kalau baby yang baru lahir tu pun ada akaun dalam laman sosial..tapi yang aku hangin tu, budak yang baru setahun jagung ni kalau menggunakan ayat dalam laman sosial...ya allah! satu aram pun aku tak paham. Mereka buat short hand ke..short form ke..yang menjadikan ayat tu macam pelat ker..and nampak cute ler kunun..Lepas tu bila da jadi kebiasaan...bila cikgu soh buat karangan pun dan jadi ayat yang sama..jadi habis la hilang penulisan melayu kita. Kalau ditengokan statik keputusan peperiksaan bahasa melayu di sekolah-sekolah kebangsaan kita..pasti da nampak keputusan yang merosot dalam subjek BM.isk..isk..harus diawasi tu.
Untuk generasi yang lebih matang pula..bidang penulisan nampak semakin tumbuh bagai cendawan tumbuh dihari hujan. Blog-blog..novel-novel dan cerpen yang bermutu tinggi telah banyak dilahirkan dan kini menjadi pilihan pembaca. Sekarang blog da bole capai status bole buat duit..sebab bole capai hit pembaca paling banyak..pastu bila da ramai hit..mulalah berebut organisasi besar nak tumpang letak iklan sebab ramai pembaca kan..hah buat duit lagiiiiiii.
Dan kini pembuat filem dan drama juga berlumba menjadikan karya bacaan menjadi bahan tontonan pula. Tengok je macam Harry Potter yang di ambil dari karya pembacaan yang paling popular dan diterjemahkan ke pawagam...badabom!! meletop u ollz! itu baru salah satu..banyak lagi karya yang telah diterjemahkan menjadi bahan tontonan...dari menulis...membaca..dan kini ia sebagai visual!






ps: Tanamkan budaya membaca dan menulis..hmm mane ek baje ni....???