Sunday, July 24, 2011

Amy Winehouse died

Korang kenal Amy winehouse ni? seorang penyanyi dan juga penulis lagu dari British ni telah mati dirumah nya di London pada 27hb Julai 2011.Sebab kematian masih tidak dapat diketahui dan mungkin tengah disiasat oleh CSI.Minah ni memang dari dulu banyak masalah dengan ketagihan dadah dan alkohol.Masuk penjara da bape kali.Minah ni terkenal dengan lagu Rehab..korang cari la kat utube tu.Si Amy ni mati dalam umur beliau baru saje 27 tahun .alahai kesian...ni la artis barat.Da kaya..buat duit..fofular..benda yang tetap nak di ambil adalah dadah.Tekanan sangat kot jadi artis barat ni kot...yelah jadi artis barat ni..sume nak skodeng..kuar umah jek..paparazi da tunggu depan rumah..sume nak ikut ke mane aje..tu yg dia tengseng agaknye..last2 main dadah n alkohol.Anyway takziah kite ucapkan..pada dunia kite kehilangan penyanyi selambe giler yang terbaik.Pada artis2 lain..udah2 la ambik dadah tu ye.




ps: artis malaysia tensen tak?

Memey & Norman ditaja berjuta ringgit


Untungnya jadi artis kan..bila nak kawin di taja macam2..dari baju pengantin,pelamin,aksesori,kek dan macam2 lagi la.Terbaru Norman & Memey mengadakan sidang akhbar yang mereka akan melangsungkan wedding of the year ujung tahun ni.Dengan lagak sombong lagi bongkak mereka mengumumkan majlis mereka akan ditaja oleh berjuta2 hinggit.Dari baju pengantin berjuta ringgit kepada kasut yang direka oleh Profesor Jimmy Choo yang terkenal tu.
perghhh meriah sungguh u ollz.terus dapat title wedding of the year.mesti makan ati abby abadi kan.Aku pun tak tau kenapa la nak buat terlampau grand sangat tu.Buat yang wajib kan da afdal.da nampak sangat nak menunjuk2.Buat meriah2 kalu kawin tak kekal pun tak guna jugakan.esok2 mati tak bole bawak gak menda2 tu sume.mati kena bungkus dengan kain putih murah juga...bukan bungkus dengan permata berlian sume u ollz.So beringat la..memang berkawin adalah untuk memberitahu pada sume yang anda telah pun bernikah..tapi tak semesti kene menunjuk2.Anyway aku ucapkan selamatlah buat kedua pasangan.



ps: dunia hanya pinjaman..yang kekal? sendiri jawab....








Saturday, July 23, 2011

World cup Asian Qualifier- Mas vs Sin



aku rasa disetiap rumah di Malaysia malam tadi mesti ramai yang sakit jantung dan tekanan jiwa disebabkan permainan bolasepak Malaysia dengan singapura.Dengan semangat membara walau baru 1-1 masa tu..tiba bole kena 5-3..tak ke sakit ati kan..skuad senior kendalian raja gopal ni kena buat perubahan drastik pada pertahanan dan keeper mereka.Aku tengok pertahanan macam takde semangat nak bertahan dan keeper macam tade usaha nak selamatkan dari dibolos.Penyerang singapura bukan la bagus sangat..walau mereka ada pemain mat salleh tapi sume tua2 beb..pastu penyerang singapore sorang tu..dah la gempal..buncit plak tu..itu pong bole senang lepas masuk dalam kotak penalti..memang dorang senang2 bole score la kan.mana tak sme sakit jiwa tengok.yang bagus laju dan semangat adalah bahagian serangan jerk..mereka cuba hantar bola laju masuk kawasan singapore tapi dipatahkan.midfield mesia pun tak bergerak..macamana striker nak dapat bola kan.Raja gopal ..aiyo..tukar la itu pertahanan..itu keeper pong..bawak masuk pertahanan skuad olimpik lagi bagus..toress dengan anelka drogba pong susah mau score.keeper skuad olimpik pon lagi bagus..terbang sana sini selamat kan cobaan gol.Aku arap bila Singapura bertandang ke Mesia 28hb ni..aku nak mesia bantai abis2..jangan bagi can..tapi yang penting pertahanan..tengok statitik gol lawan aritu dgn arsenal and liverpool pun da tau..kite dibolosi dengan banyak..so buat la perubahan.Aku nak turun juga stadium 28hb ni..nak jerit harimau malaya bole! jom kite turun AUMMMMMM

Thursday, July 21, 2011

Malaysia vs Chelsea

Tetibe bulan Julai negara kita telah disinggahi oleh club2 bola EPL yang termahal.Dari Arsenal,Liverpool & yang last sekali Chelsea.Aku memang malas nak tengok club sume tu...sebab aku peminat MU beb.Tapi aku dapat last2 tiket Chelsea vs Mesia aritu..terima kasih astro sebab bagi tiket percuma.dengan semangat menyokong Malaysia sambil memakai jersey harimau malaya aku pun turun stadium bukit jalil..bukan arap team harimau malaya ni akan menang pong..arap mereka dapat timba pengalaman lah dari team yang terkaya ni..yelah nko nak bandingkan gaji sebulan player mereka dengan player kita tinggi selangit beb..player mereka dapat gaji seminggu beratus ribu..player kita sebulan baru 5-8 ribu..cuma mungkin safee sali la mahal skit..puluh ribu kot.huhu.OK berbalik pada citer kite..umah aku bukan la jauh sangat dengan stadium tu..nak jalan kaki pun ok lagi..cume ketiak je la basah skit kan.tapi aku buat keputusan naik motor jerk..senang nak paking skit kan.Aku dapat 4 tiket..2 tiket bernilai RM108..dan 2 tiket Rm58..oleh kerana 2 tiket je satu tempat aku buat keputusan bawak anak jantan aku pegi tengok tiket mahal tu..tiket 58 tu nak bagi prang pong tanak..so rugi camtu je la.Aku buat keputusan sampai awal skit kat stadium..bukan ape..saje nak tengok gelagat peminat chelsea yang berkumpul dan juga peniaga2 kat situ.Sampai je kat situ..memang da penuh..awek2 bola yg cun2 sana sini ada..hehe..aku nak tengok bola la..bukan tengok awek.Aku masuk awal skit dalam stadium sebab senang skit nak cari seat.Da cari port baik punya aku pon dok la layan peminat yang nyanyi main trompet tu.tepat pkul 8.45pm games pun bermula..separuh masa pertama Chelsea membariskan skuad pertama mereka yang terdiri dari penyerang termahal mereka Torres yang fofular sangat tu ler..dan team Malaysia membariskan skuad kendalian Lim Swee Kee yang dicampurkan dengan player veteran macam Hairudin omar .ehe tapi memalukan la team chelsea..separuh masa pertama..Torres gagal...diulangi..gagal ya untuk score walau sebijik pong kat gawang Malaysia.Berbagai cobaan merbahaya dibuat..tapi sume dapat dikengkang oleh barisan pertahanan Malaysia..aku respek team campuran ni.Separuh masa kedua..team lain plak masuk..ni lagi bahaya..drogba..anelka..terry..pro player da masuk..aku da ngeri..wah ni mesti kene beribu2 lemon ni gawang mesia..ehe tapi hampeh..sume player mahal ni yang aku arapkan dapat tengok la skill dorang score secara live..main macam training biasa..tak tau la mereka tak bagus atau team Mesia terbaik malam tu sebab dapat sekat serangan mereka.Walau team mesia dapat la gak buat kejutan counter attack sekejap2 itu je da membuat penyokong suka.ada satu percubaan yang hampir dapat score tapi disiakan oleh penyerang mesia..mungkin dia gugup kot..akhirnya Chelsea dapat score melalui drogba tendangan percuma..memang cantik la kick yang dia ambil tu..tapi gol tu pun macam konpius skit..sebab dia nampak macam tak masuk.walau mcmana linesman da kate masuk..so akhirnya Chelsea menang..kalu tak dimalukan sebab kena ikat dengan team mesia..kalu arsenal bole bantai team kite 4-0 dan liverpool plak 6-3..chelsea dapat 1 je..aku bangga beb..tahniah team olimpik..korang memang terbaik walau korang kalah.ada harapan cerah buat korang..sekarang kepercayaan pada skuad mesia bertambah meriah.dulu mana ada orang nak beli jersey team mesia..sekarang bersepah2 orang jual..dari original kepada lah yang ciplak..anak beranak nak beli..bagus la..dari beli jersey team luar..ape kate kite beli team sendiri kan.Kalu korang bangga pakai jersey club EPL..ape kate kite bangga team kite sendiri.



ps: Malaysia bole!

Saturday, July 16, 2011

Cincin 24 juta!


Hah! panas! hangat! ni cerita terhebat kat malaysia kali ni..laman sosial baik Fb..twitter atau blog kecoh cerita pasal bini menteri ala imelda marcos ni dok beli cincin 24 juta! perghhh 24 juta tau! bukan 24 hinggit! tak tau la sahih ke idak cerita ini. Biasanya kalu cerita sahih dia takan kuar kat media massa. giler sape berani nak kuar dalam paper atau tv...nak kena buang kerja? itu kira nasib baik kalu buang kerja..kalu kena C4? ahh ada bran? itulah dia bini ketua negara yang nak kita hormat dan agung2kan? berbelanja sakan giler babas..24 juta tu kalu derma kat fakir miskin mesti mencukupi kat malaysia ni.kalau korang tengok pong kat kak mah kite ni pong memang nampak nak jaga standard jerk..rambut tak agak2 tinggi menggunungkan..da kamu tu bini nye ketua negara..mewakili kaum Hawa malaysia..pakai la tudung ker..tutup aurat tu..nko wakil wanita islam beb.ini baru cerita pasal cincin..belum masuk pasal gelang yang berhias permata tu..itupun da berjuta2.laki dia dok menasihat rakyat berbelanja jangan membazir..padahal bini dia dok berbelanja sakan.lepas tu dok kuarkan statement yang dia beli cincin tu hasil simpanan dari kecik...WTF? berapa umur dia sekarang? dari umur dia berapa dia da menabung? dan kalau dikira dengan matematik..satu hari dari umur dia 1 hari dia kena simpan 1ribu lebih sehingga la sekrang belom tentu dia dapat sampai 24 juta tu tau..persoalannya...dari kecik da terniat nak simpan duit nak beli barang kemas ke? and satu lagi..mana dia dapat income? bini menteri ada dapat gaji juga ke? semua orang dok ngata kenapa la bini menteri kuar statement bodoh sakai sangat tu...please la..jangan la dok boros duit rakyat..korang naik kan itu ini..pastu sekat sana sini..tapi orang atas dok berbelanja sakan duit rakyat! pilihan kamu..

Harry Potter 7!


Deathly Hallows- Part 2
Yes ini lah dia siri akhir trilogi Harry Potter.Kenapa aku cakap yes? sebab da lama sangat filem ni.da masuk HP7 beb...naik boring plak..macam tak abis2 plak magic dia kan.Walau macamana pun aku nak berterima kasih pada RHB Bank sebab bagi jemputan menonton Harry Potter ni secara free..siap dapat popcorn and air coke lagi.nasib baik gak dapat jemputan ni..kalu tak terpaksa aku nak menonton APM yang kecoh dikatakan tak besh tu.Atleast ada gak benda besh aku nonton sambil makan popcorn.paling kuat pong aku tidur. Siri part 2 kali ini adalah mengisahkan bagaimana Harry dan rakan2 lain menghadapi serangan dari pihak musuh lamanya. Bagi yang tak ikut sangat jalan cerita dan watak2 dalam HP ni..pasti rasa bosan..terutamanya anak2 aku..masuk bab2 tengah dowang da terbongkang tidur..alahai. Jalan cerita kali ni dia mendebar la sikit sebab HP cari jalan macamana nak bunuh musuh jahat dia ni yang susah sangat nak mati2..babak peperangan evil side menyerang castle amat yang cuba ditahan oleh pihak wizard2 yang baik ni amat memukaukan. Berbagai cara cuba dorang nak mempertahankan castle mereka dari diceroboh.Akhirnya trilogi HP telah menutup tirai dari mereka yang gila sangat pasal HP ni..dari la dijadikan buku sehingga la diterjemahkan ke panggung wayang.bayangkan la dari Harry Potter kecik sampai la dia da berjambang da.giler tak lame cerita dia kan..yang besh diakhir cerita HP ni..Harry potter da kawin dan mempunyai anak..dia pulak dok hantar anak dia masuk sekolah wizard tu..ehe sweet..nampak sgt Harry Potter da tua da masa tu.mesti lepas ni Danial Radcliffe da tak nak berlakon filem ape da..sebab dia da sebati dengan harry potter...susah la nak cari makan kan..Jawapan aku untuk HP7...boleh lahhhh.Untuk yang kaki aksi..love story..dinasihatkan jangan tengok cerita ni..ehe pasti anda tertidur.

ANugerah Planet Muzik 2011



ya APM 2011 datang lagi.Kini dibawa terus menerus dari Kota Singapura.APM yang dianjurkan oleh Beyond Events dengan kerjasama Singapura kali ni dikatakan ingin membawa perubahan, Tapi lain pula yang didengar oleh telinga abg spek kali ni..Belom start pun majlisnya di singapura da kecoh satu kampung sebab pihak media yang dijemput tidak dibekalkan dengan penginapan dan pengangkutan, dengan erti kata...pergi dengan kos sendiri beb! Gilelah takde dalam sejarah hiburan kalau nak jemput pihak media yang korang nak mintak dia tulis pasal event korang, pastu korang soh dia pegi dengan kos sendiri. Ahhhh memang tak la kan...pihak media patut dilayan macam raja..bagi makan,penginapan dan pengangkutan free, barulah dowang tulis benda yang elok2 pasal event korang.Memang klakor la pihak penganjur ni. Ingat stop pasal tu jek..sekali bila tirai APM berlabuh sebentar tadi..macam2 cerita tak sedap lagi didengar.Dengan sound system macam aram dan juga pengendalian skrip dan teknikal kelam kabut ia menjadi topik hangat di laman twitter.Faizal Tahir menjadi topic trending in the world setelah 'menyumbangkan' lagu yang mana tak dapat diterima oleh pendengar baik profesional mau pun orang biasa. Dan masalah siaran langsung yang kejap ada kejap tade juga membuatkan APM 2011 kali ini semakin hancuss..nasihat Abg long idak lah lagi Beyond event ni teruskan lagi sok2 nanti...buat malu jerk.Ada hati nak buat kat negara luar..tapi tak memikirkan soal kualiti itu sendiri. nak arap gah jek sebab gabungan 3 negara tak gune gak der. Dan dari keputusan pemenang artis dari malaysian kali ni aku dapat menafsirkan ada konspirasi berlaku..first berapa ramai rakyat malaysia mengenali Amanda amani? apa lagu dia yang bole dia menang vokal terbaik? berapa ramai yang pernah dengar kat radio? Nak tau anak didik sape Amanda ni? jeng jenggg dialah Anak didik komposer terkenai...Ajai!..and the story is si ajai ni sebenornye dengan beyond event adalah BFF..tak pecaye? dulu beyond event ada buat satu program realiti untuk komposer baru untuk tv berbayar swasta..sape pengetua dia? aha! and bini dia yang jadi orang kuat..pastu dengor citer ramai artis terbabit idak di bayar..isk isk..tup tup dengor name si amanda amani dibawah naungan wake the baby dan penerbitnya adalah ajai..tak percaya google jek and cari jek history mereka berdua.sebab tu korang mesti pening kenapa amanda amani bole menang plak..pastu..Hafiz menang lagu terbaik..dan Ajai jugak penah bagi lagu kat hafiz dan menang dalam AJL25..ni pun kira artis simpanan dia juga.Time ni la nak naikan artis sendiri beb.Banyak sebenar games dalam APM ni..cume ramai tak tau..tapi kesian la pada artis2 yang lain bertungkus lumus nak dapat pengiktirafan jugak kan..hmm lu pkir la sendiri....



ps: tak rugi tak tengok APM pong!

Tuesday, July 12, 2011

Fast Furios! Fast 5!


walaupun filem ni da abis pun wajib tayang kat cinema tapi aku hanya sempat tengok minggu ni.
keseluruhan pilem ni aku bagi terbaik la dari FF trilogi ni.Dengan jalan cerita yang padat dan aksi mencabar aku rasa pilem ni bole bagi markah penuh.Pengambaran yang dilakukan sepenuhnya di Brazil dan Ditambah pula dengan kembalinya watak2 lama dari FF 1 sehingga FF5 jalan cerita semakin mendebarkan. Pastu ditambah dengan penampilan baru dari The Rock..perghh makan ganas..aku tengok body The Rock makin mantap dari pilem2 yang sebelum ni. Dengan botaknya dan gaya misai dan beard yang baru menampakan Dwayne Johnson tu macam hero terhebat.lepas ni aku pasti..mesti buat satu filem untuk watak tu..korang tunggu la..mesti ada punya.Tapi aku puji pilem antarabangsa ni bukan nak mengatakan pilem melayu tak bagus..ada yang bagu jugak.Filem antarabangsa pun bukan semua nya bagus..ada juga yang hampeh! Semalam pong aku ada layan cerita filem Your Highness..cerita yang berkisarkan zaman ala2 prince princess and wizard ni menggunakan dialog ala2 campur moden dan lama.Ia tak sesuai untuk budak2 sekolah sebab banyak cursing..ala macam F**K u..tapi kelakor la..dan jalan cerita pun hanya untuk orang dewasa memahami.So ia adalah sebuah cerita adult comedy. minggu depan tak tau nak layan apa lagi..tapi aku tengah tunggu Green lantern,Super 8 dan Transformer 3D. Nanti aku bagi komen ye..




ps : ni la jadi bile tade keje..layan movie jek

KL gangster...4 markah!


melihatkan kepada iklan KL gangster macam best kan..so aku pun dengan rela hati telah menjadi salah sowang pelanggan di astro first untuk menonton KL gangster hanya di rumah. Tanpa pop corn dan juga air coke aku terbaring didepan plasma tv 43 inci aku..mengharapkan magik anak Datuk 6 million dollars man yang menjadikan filem KL gangster menjadi 1o million ni dapat memukau aku. Sampai jek abis filem tu..aku tak dapat nak beri standing ovation sebab jalan cerita tak power! dari mula sampai abis asik diselang seli dengan tumbuk sana tumbuk sini. Yang aku puji hanya la cinematografi je la.yang lain hanya mendatar.Dari lakonan aaron aziz....aku lebih suka dia gangster dari jadi dak baik...tade karakter beb..takan la nak jadi kan baik..nko kena belahkan rambut dia belah tepi kan..dia bekas ayahanda katernye..kalu idak pong pakai kan baju pagoda ke..singlet jek ke..ni nampak macam budak opis nerd..hahaha kelako..Ziza memang hebat sebagai pelakon pembantu..dia menjayakan watak kelam kabut dan kelakor tu dengan jaya..kalu budak2 kecik bole gelak tengok cerita gado2 ni itu da kira baik la kan..dari dowang nak paham keseluruhan cerita..atleast budak kecik paham part zizan bila dia kuar jek..syamsul aku respek la..nampak la muke gangster petaling street tu..satu lagi dari adegan awal sampai akhir...mana polis? gangster sana sini..sekor polis pun tade berlakon..tade adegan kejar mengejar kereta polis..buat la macam Kongsi...siap lanyak kete polis sampai hancur..hehe siap sampai jadi kecoh kat berita Korea yang Polis Malaysia kejar kereta sport sampai lunyai! kalau nak baut cerita gangster takan la tak selitkan polis...nampak sangat gangster bermaharajalela dan polis tidur!..mana pengajarannya? isk kan bapak pelopor drama polis gerak khas..takan tak bole minta bantuan Polis skit. Sepatutnya bole di garap menjadi lebih baik..koreografi gaduh pun dari mula sampai abis sama jek..sume macam berboxing! seni dia tade! dialog skrip ok la..sebab nak nampak kan gangster giler kan..cuma harap la..producer2 dan pengarah2 malaysia apa kata buat satu filem yang menggunakan seni mempertahankan diri silat melayu. Kita ni banyak seni silat dalam malaysia..gunakan la jurus2 semua tu dan jadikan sebuah filem yang mertabatkan seni silat melayu kita. Macam ongbak yang bole buat tomoi jadi terkenal seluruh dunia..dan orang tak faham apa dia cakap pong nak tengok aksi2 dia. Aku rasa cerita melayu yang terbaik dapat menterjemahkan silat dalam filem dengan baik adalah cerita puteri gunung ledang..dimana babak Hang tuah bersilat..penuh dengan detail jurus dipadatkan dengan pukulan kepada mangsa..perghh tu baru beshh.baru la anak2 muda tau kehebatan ilmu silat melayu..and then pasarkan la seluruh dunia..baru la mata dunia terbukak yang kita juga ada seni mempertahankan diri yang hebat..yang penting aksi itu harus diterjemahkan dalam bentuk yang cantik dan hebat...tak gitu? :)



ps: teringat casting filem silat melayu hebat...tapi ape tah jadi filem melayu tu???

Monday, July 11, 2011

Rumah siap pahat berbunyi..

Ya umpama rumah da siap tapi pahat masih berbunyi begitu la yang terjadi dinegara kita.Setelah tamat nya darurat yang diistiharkan pada hari sabtu di kuala lumpur tapi masih lagi isu serangan mentaliti tetap digunakan oleh pihak media2. Kalau da habis isu perhimpunan tu..udah lahh...tak yah la dok kate pembangkang gagal kumpul ramai orang la..pembangkang semua tak sepakat la.Hasil dari perhimpunan tu..ramai yang kena tangkap..ramai cedera..dan seorang telah terkorban.Tak cukup ke? sepatutnya pihak kerajaan mengkaji hasil dari perhimpunan itu dari dok kate dia salah..itulah...inilah.Nasib baik aku tade pada hari tu..kalu tak nak gak join tengok secara live apa sebenar terjadi disekitar kotaraya KL yang dikatekan darurat tu.Ialah kita hanya disumbat satu cerita dari satu pihak yang mengatakan pihak pembangkang ni ganas..so nak gak aku tengok keganasan mereka ini.Kita kena tengok betui tak cerita yang disampaikan oleh media massa gergasi semua tu.And then setelah abis sume tu pihak kerajaan kata pihak peniaga nak minta ganti rugi sebab mereka menutup bisnes mereka dan rugi berpuluh2 ribu dan berjuta2 ringgit.Kowang minta la kat polis..sebab dowang yang soh tutup..huhu..dari sumber mereka yang pergi berhimpun pada hari sabtu tu..sebenarnya pihak yang berhimpun tak buat apa2 keganasan pun.mereka hanya duduk dijalanan sebab dihalang oleh pihak FRU..dan takde buat aktiviti baling batu ke hape ke..tapi duduk2...kena pancut air dengan gas...mane tak jadi kecoh...so kowang pkirkan2 la.Aku malas sebenar nak kupas isu ni..tapi kesian sebab mereka semua tu hanya nak bersuara tetapi dihalang..bila mereka gagal nak berkumpul untuk bersuara..mereka pulak digelakan sebab gagal...da kowang tutup semua jalan..dan cakap benda takut2kan rakyat KL memang la tade sape nak keluar..macam benda ugut.."kalau korang sokong korang kena tembak" tak ke sadis bunyi nya tu..tak nampak ke pemerintahan kuku besi sebab menghalang orang bersuara..dan membuat pemilihan? kenapa isu pemerintah semua betul? tade isu bersalah? adakah menteri2 tu takde buat silap? mereka nabi ke? mereka manusia biasa la.tak lari buat salah...so jgn cakap mereka maksum...kalau salah..kita tukar..kita cuba baru...dan kalau baru salah juga...kita cuba lain...itu demokrasi!



ps: ehe silap2 blog aku jadi blog politik plak kang...ade polis cari aku...lalallala

Thursday, July 7, 2011

Bersih vs Kotor


Bulan ni kita telah dijangkiti penyakit kuning..apa je kene mengena dengan kuning menjadi bahan bualan dikedai kopi.pada hari sabtu 9hb Julai ni satu badan bebas akan menganjurkan satu perhimpunan besar yang dinamakan Bersih 2.0 bagi menyatakan ketidak puashati mereka pada badan sistem piliharaya negara. jadi aku yang rasa da cukup matang ni pun nak juga meluahkan pendapat 2sen aku ni..Aku bukanlah pro pembangkang mahupun kerajaan.Aku hanya sokong mereka yang bila buat sesuatu dengan betul dan bijak.Minggu ni bagi warga KL yang nak bergerak diseluruh kotaraya dipenuhi dengan maki hamun sebab disana sini roadblock. Kuala Lumpur di umumkan darurat!..perghh macam terrorist nak menyerang KL bunyinya kan.First mari kita pahami apa intipati cerita yang menyebabkan ini semua. Benda ni sume kecoh apabila sebuah organisasi sebuah badan NGO merasa tak puashati terhadap sistem keadilan badan pendaftar suruhanjaya pilihanraya dalam menangani berbagai isu pengundi hantu dan juga kesilapan yang tak bole masuk akal dalam sistem mereka. Jadi mereka ini da puas hantar berbagai memo kepada menteri kabinet dan juga kepada mereka yang berkuasa.Namun tiada tindakan yang diambil agaknya..jadi mereka mengambil keputusan untuk mengumpulkan suara rakyat agar mereka2 yang selama ni tutup mata tu akan terbukak buntang.. dan dapat mendengar suara-suara mereka so dapatlah mem'bersih'kan kesemua isu-isu kotor ni semua. Apa yang mereka ingikan hanya la berkumpul dan menyatakan suara mereka. So apa yang kita nampak mereka ni semua berkumpul sebab nak menjahanam kan negara lah..nak berperang lah.Aiyooo kemonnnn la. Kenapa harus bersikap macam budak2 kecik sekolah tadika?
Dimanakah kebebasan bersuara pembangkang atau pihak2 yang tak berpuashati dengan kerajaan? harus diambil tahu pada setiap negara yang nak dibangunkan diseluruh dunia ni wajib ada pihak pembangkang! kenapa? ok apa kita kecikan minda yang kekadang sempit tu..dan bayangkan sebuah kelas dalam sekolah..dalam kelas kena ada ketua darjah kan?..dan ada penolong kan...haruskan ketua darjah itu dilantik orang yang sama pada setiap tahun? setiap kali nak lantik ketua kita kena undi...kena ada pencandang.dan pembangkang..so baru la adil namenyakan?
Ini kita negara yang dikatakan sudah demokrasi tapi masih mengamalkan sikap menidakan orang ramai untuk bersuara....kenapa? kalau Kerajaan sekarang pikir mereka dilandasan yang betul..dan tidak menjalankan apa pun kerja2 kotor...bagi jek pembangkang nak berkumpul untuk bersuara...bagi hak mereka...kawal jek dengan polis tanpa menggunakan keganasan..tolong kawal lalulintas...ni idak!...mereka ini dilabelkan sebagai pengganas!..durjana negara!...sebab apa? sebab mereka nak bersuara? kenapa takut dengan mereka ini? kenapa sampai nak dibuat sekatan jalan raya diseluruh negara? kenapa nak ditutup KL? kenapa dihentikan semua sistem pengangkutan yang nak masuk KL? aku pun agak pelik disini...uish dasat sampai sume benda kowang nak tutup. Aku bukanlah agen kepada keganasan. Tapi aku marah kenapa tidak diberi hak pada mereka ini nak bersuara? kalau dinegara luar...pihak pembangkang ataupun badan bebas bole diberi kebebasan bersuara menyatakan pandangan mereka. Tapi dinegara kita...pasal t shirt kuning pun bole kena tangkap!..ada perkataan bersih jek kena tangkap!..adoyai...di mana kebebasan? apa yang mereka ini takut? alasannya untuk keselamatan orang ramai...isk isk..mereka nak berkumpul dan bersuara jerk kot...habis tu sape yang cipta patriot tu? badan haram ke tidak? sape yang bagi lesen mereka berkumpul siap nak bakar bangunan keadilan tu? siap menjerit malam2? membahayakan orang ramai tak? kenapa tak ambil tindakan? sebab dia disokong oleh ketua pemuda UMNO dan kerajaan? dengan tetibe ada plak bole design baju baru kaler merah plak tulisan PATRIOT...perghh mesti tokei kilang cetak tshirt buat duit bulan ni..mesti dowang sibuk cetak baju kuning n merah kat kedai mereka.
Cubalah bagi keadilan...bagi kebebasan..kalau sesape yang melebihi undang2 baru lah kamu jalankan tanggungjawab pelindung orang ramai. Satu lagi pasal pihak polis menjumpai parang dan bom buatan sendiri 'Moloktov Cocktail' dengan tshirt bersih pun terdapat...mana suspek tu? tunjukan pada orang ramai...tanya dowang sape bos mereka? sapa bayar mereka? tapi suspek pun tade...yang ada barang2 jek...tak ke pelik bin ajaib kan. Aku tengok politik di malaysia ni semakin kotor...macam2 taktik nak menjatuhkan pihak lawan.Yang nak berkuasa sanggup lakukan apa saja. Da susah nak percaya yang mana satu sekarang ni...tapi yang jadi mangsa siapa? ya kita sebagai rakyat...dibebani dengan hutang...dan masalah harga barang yang naik semakin naik.Gaji tak plak nak naik...benda nak naik senang jerk...kos kehidupan jadi tinggi..penggangguran pun naik..yang kaya semakin kaya...yang miskin ada sape yang tahu? yang kaya sibuk nak renovate rumah beberapa juta...yang miskin kalau dapat makan esok pun da kira alhamdulillah...ada sape yang tau pasal sume tu...menteri2 yang dilantik ada mereka tahu pasal susah rakyat? berapa gaji mereka? berapa imbuhan mereka? duit minyak kereta mereka siapa bayar? cume claim dengan kerajaan..so dowang rase ke pasal kenaikan minyak kenderaan? bukan duit dari kocek sendiri..hmm ini la apa yang kita hadapi sekarang..tapi semua tak nampak. Mana rakyat tak mengamuk dan ingin bersuara..tapi suara mereka nak ditutup...macamana? dengan berbagai taktik kotor yang macam nak menjatuhkan orang. Kesalahan dan kesilapan ditutup dengan muka2 yang baik konon tapi penuh dengan dusta semata2.Dimana hak pembangkang nak bersuara?semua arus media telah dikawal dan hanya menyampaikan cerita yang tak baik pasal pembangkang..yang tak baik itulah dewa kebaikan. Manusia tak lari melakukan kesilapan..tiada yang perfect.So kedua pihak ada silap..bagi peluang mereka bersuara pendapat mereka.Kita di bagi pilihan dalam hidup untuk menyatakan betul atau salah. Tapi kita hanya ditunjukan cerita satu pihak jek yang bersuara tanpa dapat mendengar cerita pihak lain.jadi mana kebebasan? even dalam mahkamah ada pendakwaraya dan juga pembela diri.Hakim kena dengar kedua belah pihak menyampaikan hujah baru la dapat keputusan siapa yang bersalah.So pikir2 kan la wahai rakyat Malaysia...



ps: lepas ni sabun bersih semua kena rampas...sebab menyokong bersih! kesiannnn.Oh ya satu lagi..hari sabtu ni jangan la sesape pakai baju kuning...nanti tak pasal kena tangkap! hehe abis la digi tutup line mereka haritu sebab takut dikatakan menyokong ombak kuning bersih! hahahahah...

Wednesday, July 6, 2011

Selamat Pengantin Baru!


Ah bulan orang kawin u ollz! ya sebelum ramadhan menjelma tinggal lebih kurang doploh lebih hari jek sume berebut nak langsungkan perkhawinan. Yela niat nak diri mesjid jangan lengah2 lagi..lagipun nanti dapat la raya dengan bini/somi baru kan..huhu.Ah dikesempatan ni nak jugak la aku ucapkan selamat pengantin baru buat insan bergelar artis dan kawan aku ni iaitu insan yang memegang nama ic Shah indarawan Ismail atau Tomok bersama isterinya yang cun melecun Ayu. Terpancar sinar sonok muka mereka setelah diijakabul kan...8 tahun mereka berkawan dan akhirnya impian mesjid tercapai.Tahniah aku ucapkan dan aku cuma doakan semuga ia kekal hingga ke anak cucu..welcome to the club my man! Dan seorang lagi yang aku nak ucapkan tahniah juga buat vocalist band Hujan, Noh bersama pasangannya yang meletops mizz Nina..untung Noh dapat anak jutawan Malaysia..anak Tan Sri Azman tu beb...pandai noh ayatkan..huhu.Selamat pengantin baru buat mereka ini dan juga tak lupa siapa jek yang melangsungkan perkhawinan pada bulan Julai ni.,kepada yang menjemput ke majlis kowang..mohon maaf kerana aku ni sedang mengalami sindrom yang agak berat dan kesihatan yang kurang memuaskan diri..so tak dapat nak datang..terima kasih atas jemputan dan semuga kowang selamat menjalani kehidupan yang baru.









ps : ingat
pesan SM salim..dulu singgit makan sowang..sekarang singgit makan dua orang..:)

Tuesday, July 5, 2011

KFC...oh...KFC


Dilaman sosial sekarang tengah kecoh dengan terkeluarnya video memasak ayam KFC dari pekerja bongok mereka yang memang tak belajar subjek sivik kat sekolah.mengapa aku kate bongok..disini aku huraikan kebongokan mereka.
1.Bongok sebab memainkan rezeki makanan untuk dihidangkan pada orang ramai...islam pulak tu!
2.Bongok sebab dia dok record kesemua kelakuan bongok dowang!
3.Bongok sebab da record lepas tu upload kat utube!...hah bertambah la membunuh diri sebab mesti orang kat luar kenal sape yang dok buat pedajal kesat ayam kat tapak kaki tu
4.Bongok terbaru dok upload lagi..kali ni kain basuhan lap mesin tu diperah kedalam periuk goreng ayam plak....double bongok!
So aku harap la pihak pengurusan KFC mengambil tindakan pada budak2 mereka ni.bagi hukuman berat sikit.tak yah nak masuk penjara ke hape sume...hukum jek dowang2 yang terlibat tu..makan ayam yang diselet ditapak kaki kami plak..tengok apa dia rasa bile makanan di main2kan. Dah la kowang kerja dikedai menghidang kan rezeki makanan untuk orang ramai..nko tambahkan plak dengan benda2 bongok tu...bertambah2 la dosa kat akhirat tu nanti.
Tapi pada aku...benda2 tu bukan berlaku pada restoran KFC jerk..kat tempat2 lain pun ada terjadi. Jangan terperanjat kat hotel bertaraf lima bintang pun budak2 tukang masak dia pun ada buat gak..ada yang lebih terok gak. bila marahkan bos2 mereka kat kitchen...yang jadi mangsa...orang yang dok makan2 kat luar tu. kepada tukang2 masak...or sape saje yang bekerja di kitchen kedai makan...pelisssss la..kalu kowang marahkan boss kowang ke..awek kowang ke..jangang la nko buat macam dalam masakan pada orang lain tu..kalau marahkan boss..apa kate ayam nko selet kat tapak kasut tu..nko selet plak kat muka bos kowang. baru la gentel kan..ni dok hukum orang lain. adehaiiiiiiiii...



ps: isk kena boikot KFC pasni...original recipe i miss u!!!!