Thursday, July 7, 2011

Bersih vs Kotor


Bulan ni kita telah dijangkiti penyakit kuning..apa je kene mengena dengan kuning menjadi bahan bualan dikedai kopi.pada hari sabtu 9hb Julai ni satu badan bebas akan menganjurkan satu perhimpunan besar yang dinamakan Bersih 2.0 bagi menyatakan ketidak puashati mereka pada badan sistem piliharaya negara. jadi aku yang rasa da cukup matang ni pun nak juga meluahkan pendapat 2sen aku ni..Aku bukanlah pro pembangkang mahupun kerajaan.Aku hanya sokong mereka yang bila buat sesuatu dengan betul dan bijak.Minggu ni bagi warga KL yang nak bergerak diseluruh kotaraya dipenuhi dengan maki hamun sebab disana sini roadblock. Kuala Lumpur di umumkan darurat!..perghh macam terrorist nak menyerang KL bunyinya kan.First mari kita pahami apa intipati cerita yang menyebabkan ini semua. Benda ni sume kecoh apabila sebuah organisasi sebuah badan NGO merasa tak puashati terhadap sistem keadilan badan pendaftar suruhanjaya pilihanraya dalam menangani berbagai isu pengundi hantu dan juga kesilapan yang tak bole masuk akal dalam sistem mereka. Jadi mereka ini da puas hantar berbagai memo kepada menteri kabinet dan juga kepada mereka yang berkuasa.Namun tiada tindakan yang diambil agaknya..jadi mereka mengambil keputusan untuk mengumpulkan suara rakyat agar mereka2 yang selama ni tutup mata tu akan terbukak buntang.. dan dapat mendengar suara-suara mereka so dapatlah mem'bersih'kan kesemua isu-isu kotor ni semua. Apa yang mereka ingikan hanya la berkumpul dan menyatakan suara mereka. So apa yang kita nampak mereka ni semua berkumpul sebab nak menjahanam kan negara lah..nak berperang lah.Aiyooo kemonnnn la. Kenapa harus bersikap macam budak2 kecik sekolah tadika?
Dimanakah kebebasan bersuara pembangkang atau pihak2 yang tak berpuashati dengan kerajaan? harus diambil tahu pada setiap negara yang nak dibangunkan diseluruh dunia ni wajib ada pihak pembangkang! kenapa? ok apa kita kecikan minda yang kekadang sempit tu..dan bayangkan sebuah kelas dalam sekolah..dalam kelas kena ada ketua darjah kan?..dan ada penolong kan...haruskan ketua darjah itu dilantik orang yang sama pada setiap tahun? setiap kali nak lantik ketua kita kena undi...kena ada pencandang.dan pembangkang..so baru la adil namenyakan?
Ini kita negara yang dikatakan sudah demokrasi tapi masih mengamalkan sikap menidakan orang ramai untuk bersuara....kenapa? kalau Kerajaan sekarang pikir mereka dilandasan yang betul..dan tidak menjalankan apa pun kerja2 kotor...bagi jek pembangkang nak berkumpul untuk bersuara...bagi hak mereka...kawal jek dengan polis tanpa menggunakan keganasan..tolong kawal lalulintas...ni idak!...mereka ini dilabelkan sebagai pengganas!..durjana negara!...sebab apa? sebab mereka nak bersuara? kenapa takut dengan mereka ini? kenapa sampai nak dibuat sekatan jalan raya diseluruh negara? kenapa nak ditutup KL? kenapa dihentikan semua sistem pengangkutan yang nak masuk KL? aku pun agak pelik disini...uish dasat sampai sume benda kowang nak tutup. Aku bukanlah agen kepada keganasan. Tapi aku marah kenapa tidak diberi hak pada mereka ini nak bersuara? kalau dinegara luar...pihak pembangkang ataupun badan bebas bole diberi kebebasan bersuara menyatakan pandangan mereka. Tapi dinegara kita...pasal t shirt kuning pun bole kena tangkap!..ada perkataan bersih jek kena tangkap!..adoyai...di mana kebebasan? apa yang mereka ini takut? alasannya untuk keselamatan orang ramai...isk isk..mereka nak berkumpul dan bersuara jerk kot...habis tu sape yang cipta patriot tu? badan haram ke tidak? sape yang bagi lesen mereka berkumpul siap nak bakar bangunan keadilan tu? siap menjerit malam2? membahayakan orang ramai tak? kenapa tak ambil tindakan? sebab dia disokong oleh ketua pemuda UMNO dan kerajaan? dengan tetibe ada plak bole design baju baru kaler merah plak tulisan PATRIOT...perghh mesti tokei kilang cetak tshirt buat duit bulan ni..mesti dowang sibuk cetak baju kuning n merah kat kedai mereka.
Cubalah bagi keadilan...bagi kebebasan..kalau sesape yang melebihi undang2 baru lah kamu jalankan tanggungjawab pelindung orang ramai. Satu lagi pasal pihak polis menjumpai parang dan bom buatan sendiri 'Moloktov Cocktail' dengan tshirt bersih pun terdapat...mana suspek tu? tunjukan pada orang ramai...tanya dowang sape bos mereka? sapa bayar mereka? tapi suspek pun tade...yang ada barang2 jek...tak ke pelik bin ajaib kan. Aku tengok politik di malaysia ni semakin kotor...macam2 taktik nak menjatuhkan pihak lawan.Yang nak berkuasa sanggup lakukan apa saja. Da susah nak percaya yang mana satu sekarang ni...tapi yang jadi mangsa siapa? ya kita sebagai rakyat...dibebani dengan hutang...dan masalah harga barang yang naik semakin naik.Gaji tak plak nak naik...benda nak naik senang jerk...kos kehidupan jadi tinggi..penggangguran pun naik..yang kaya semakin kaya...yang miskin ada sape yang tahu? yang kaya sibuk nak renovate rumah beberapa juta...yang miskin kalau dapat makan esok pun da kira alhamdulillah...ada sape yang tau pasal sume tu...menteri2 yang dilantik ada mereka tahu pasal susah rakyat? berapa gaji mereka? berapa imbuhan mereka? duit minyak kereta mereka siapa bayar? cume claim dengan kerajaan..so dowang rase ke pasal kenaikan minyak kenderaan? bukan duit dari kocek sendiri..hmm ini la apa yang kita hadapi sekarang..tapi semua tak nampak. Mana rakyat tak mengamuk dan ingin bersuara..tapi suara mereka nak ditutup...macamana? dengan berbagai taktik kotor yang macam nak menjatuhkan orang. Kesalahan dan kesilapan ditutup dengan muka2 yang baik konon tapi penuh dengan dusta semata2.Dimana hak pembangkang nak bersuara?semua arus media telah dikawal dan hanya menyampaikan cerita yang tak baik pasal pembangkang..yang tak baik itulah dewa kebaikan. Manusia tak lari melakukan kesilapan..tiada yang perfect.So kedua pihak ada silap..bagi peluang mereka bersuara pendapat mereka.Kita di bagi pilihan dalam hidup untuk menyatakan betul atau salah. Tapi kita hanya ditunjukan cerita satu pihak jek yang bersuara tanpa dapat mendengar cerita pihak lain.jadi mana kebebasan? even dalam mahkamah ada pendakwaraya dan juga pembela diri.Hakim kena dengar kedua belah pihak menyampaikan hujah baru la dapat keputusan siapa yang bersalah.So pikir2 kan la wahai rakyat Malaysia...



ps: lepas ni sabun bersih semua kena rampas...sebab menyokong bersih! kesiannnn.Oh ya satu lagi..hari sabtu ni jangan la sesape pakai baju kuning...nanti tak pasal kena tangkap! hehe abis la digi tutup line mereka haritu sebab takut dikatakan menyokong ombak kuning bersih! hahahahah...

No comments:

Post a Comment