Wednesday, July 6, 2011

Selamat Pengantin Baru!


Ah bulan orang kawin u ollz! ya sebelum ramadhan menjelma tinggal lebih kurang doploh lebih hari jek sume berebut nak langsungkan perkhawinan. Yela niat nak diri mesjid jangan lengah2 lagi..lagipun nanti dapat la raya dengan bini/somi baru kan..huhu.Ah dikesempatan ni nak jugak la aku ucapkan selamat pengantin baru buat insan bergelar artis dan kawan aku ni iaitu insan yang memegang nama ic Shah indarawan Ismail atau Tomok bersama isterinya yang cun melecun Ayu. Terpancar sinar sonok muka mereka setelah diijakabul kan...8 tahun mereka berkawan dan akhirnya impian mesjid tercapai.Tahniah aku ucapkan dan aku cuma doakan semuga ia kekal hingga ke anak cucu..welcome to the club my man! Dan seorang lagi yang aku nak ucapkan tahniah juga buat vocalist band Hujan, Noh bersama pasangannya yang meletops mizz Nina..untung Noh dapat anak jutawan Malaysia..anak Tan Sri Azman tu beb...pandai noh ayatkan..huhu.Selamat pengantin baru buat mereka ini dan juga tak lupa siapa jek yang melangsungkan perkhawinan pada bulan Julai ni.,kepada yang menjemput ke majlis kowang..mohon maaf kerana aku ni sedang mengalami sindrom yang agak berat dan kesihatan yang kurang memuaskan diri..so tak dapat nak datang..terima kasih atas jemputan dan semuga kowang selamat menjalani kehidupan yang baru.









ps : ingat
pesan SM salim..dulu singgit makan sowang..sekarang singgit makan dua orang..:)

No comments:

Post a Comment