Saturday, July 16, 2011

Cincin 24 juta!


Hah! panas! hangat! ni cerita terhebat kat malaysia kali ni..laman sosial baik Fb..twitter atau blog kecoh cerita pasal bini menteri ala imelda marcos ni dok beli cincin 24 juta! perghhh 24 juta tau! bukan 24 hinggit! tak tau la sahih ke idak cerita ini. Biasanya kalu cerita sahih dia takan kuar kat media massa. giler sape berani nak kuar dalam paper atau tv...nak kena buang kerja? itu kira nasib baik kalu buang kerja..kalu kena C4? ahh ada bran? itulah dia bini ketua negara yang nak kita hormat dan agung2kan? berbelanja sakan giler babas..24 juta tu kalu derma kat fakir miskin mesti mencukupi kat malaysia ni.kalau korang tengok pong kat kak mah kite ni pong memang nampak nak jaga standard jerk..rambut tak agak2 tinggi menggunungkan..da kamu tu bini nye ketua negara..mewakili kaum Hawa malaysia..pakai la tudung ker..tutup aurat tu..nko wakil wanita islam beb.ini baru cerita pasal cincin..belum masuk pasal gelang yang berhias permata tu..itupun da berjuta2.laki dia dok menasihat rakyat berbelanja jangan membazir..padahal bini dia dok berbelanja sakan.lepas tu dok kuarkan statement yang dia beli cincin tu hasil simpanan dari kecik...WTF? berapa umur dia sekarang? dari umur dia berapa dia da menabung? dan kalau dikira dengan matematik..satu hari dari umur dia 1 hari dia kena simpan 1ribu lebih sehingga la sekrang belom tentu dia dapat sampai 24 juta tu tau..persoalannya...dari kecik da terniat nak simpan duit nak beli barang kemas ke? and satu lagi..mana dia dapat income? bini menteri ada dapat gaji juga ke? semua orang dok ngata kenapa la bini menteri kuar statement bodoh sakai sangat tu...please la..jangan la dok boros duit rakyat..korang naik kan itu ini..pastu sekat sana sini..tapi orang atas dok berbelanja sakan duit rakyat! pilihan kamu..

Harry Potter 7!


Deathly Hallows- Part 2
Yes ini lah dia siri akhir trilogi Harry Potter.Kenapa aku cakap yes? sebab da lama sangat filem ni.da masuk HP7 beb...naik boring plak..macam tak abis2 plak magic dia kan.Walau macamana pun aku nak berterima kasih pada RHB Bank sebab bagi jemputan menonton Harry Potter ni secara free..siap dapat popcorn and air coke lagi.nasib baik gak dapat jemputan ni..kalu tak terpaksa aku nak menonton APM yang kecoh dikatakan tak besh tu.Atleast ada gak benda besh aku nonton sambil makan popcorn.paling kuat pong aku tidur. Siri part 2 kali ini adalah mengisahkan bagaimana Harry dan rakan2 lain menghadapi serangan dari pihak musuh lamanya. Bagi yang tak ikut sangat jalan cerita dan watak2 dalam HP ni..pasti rasa bosan..terutamanya anak2 aku..masuk bab2 tengah dowang da terbongkang tidur..alahai. Jalan cerita kali ni dia mendebar la sikit sebab HP cari jalan macamana nak bunuh musuh jahat dia ni yang susah sangat nak mati2..babak peperangan evil side menyerang castle amat yang cuba ditahan oleh pihak wizard2 yang baik ni amat memukaukan. Berbagai cara cuba dorang nak mempertahankan castle mereka dari diceroboh.Akhirnya trilogi HP telah menutup tirai dari mereka yang gila sangat pasal HP ni..dari la dijadikan buku sehingga la diterjemahkan ke panggung wayang.bayangkan la dari Harry Potter kecik sampai la dia da berjambang da.giler tak lame cerita dia kan..yang besh diakhir cerita HP ni..Harry potter da kawin dan mempunyai anak..dia pulak dok hantar anak dia masuk sekolah wizard tu..ehe sweet..nampak sgt Harry Potter da tua da masa tu.mesti lepas ni Danial Radcliffe da tak nak berlakon filem ape da..sebab dia da sebati dengan harry potter...susah la nak cari makan kan..Jawapan aku untuk HP7...boleh lahhhh.Untuk yang kaki aksi..love story..dinasihatkan jangan tengok cerita ni..ehe pasti anda tertidur.

ANugerah Planet Muzik 2011



ya APM 2011 datang lagi.Kini dibawa terus menerus dari Kota Singapura.APM yang dianjurkan oleh Beyond Events dengan kerjasama Singapura kali ni dikatakan ingin membawa perubahan, Tapi lain pula yang didengar oleh telinga abg spek kali ni..Belom start pun majlisnya di singapura da kecoh satu kampung sebab pihak media yang dijemput tidak dibekalkan dengan penginapan dan pengangkutan, dengan erti kata...pergi dengan kos sendiri beb! Gilelah takde dalam sejarah hiburan kalau nak jemput pihak media yang korang nak mintak dia tulis pasal event korang, pastu korang soh dia pegi dengan kos sendiri. Ahhhh memang tak la kan...pihak media patut dilayan macam raja..bagi makan,penginapan dan pengangkutan free, barulah dowang tulis benda yang elok2 pasal event korang.Memang klakor la pihak penganjur ni. Ingat stop pasal tu jek..sekali bila tirai APM berlabuh sebentar tadi..macam2 cerita tak sedap lagi didengar.Dengan sound system macam aram dan juga pengendalian skrip dan teknikal kelam kabut ia menjadi topik hangat di laman twitter.Faizal Tahir menjadi topic trending in the world setelah 'menyumbangkan' lagu yang mana tak dapat diterima oleh pendengar baik profesional mau pun orang biasa. Dan masalah siaran langsung yang kejap ada kejap tade juga membuatkan APM 2011 kali ini semakin hancuss..nasihat Abg long idak lah lagi Beyond event ni teruskan lagi sok2 nanti...buat malu jerk.Ada hati nak buat kat negara luar..tapi tak memikirkan soal kualiti itu sendiri. nak arap gah jek sebab gabungan 3 negara tak gune gak der. Dan dari keputusan pemenang artis dari malaysian kali ni aku dapat menafsirkan ada konspirasi berlaku..first berapa ramai rakyat malaysia mengenali Amanda amani? apa lagu dia yang bole dia menang vokal terbaik? berapa ramai yang pernah dengar kat radio? Nak tau anak didik sape Amanda ni? jeng jenggg dialah Anak didik komposer terkenai...Ajai!..and the story is si ajai ni sebenornye dengan beyond event adalah BFF..tak pecaye? dulu beyond event ada buat satu program realiti untuk komposer baru untuk tv berbayar swasta..sape pengetua dia? aha! and bini dia yang jadi orang kuat..pastu dengor citer ramai artis terbabit idak di bayar..isk isk..tup tup dengor name si amanda amani dibawah naungan wake the baby dan penerbitnya adalah ajai..tak percaya google jek and cari jek history mereka berdua.sebab tu korang mesti pening kenapa amanda amani bole menang plak..pastu..Hafiz menang lagu terbaik..dan Ajai jugak penah bagi lagu kat hafiz dan menang dalam AJL25..ni pun kira artis simpanan dia juga.Time ni la nak naikan artis sendiri beb.Banyak sebenar games dalam APM ni..cume ramai tak tau..tapi kesian la pada artis2 yang lain bertungkus lumus nak dapat pengiktirafan jugak kan..hmm lu pkir la sendiri....



ps: tak rugi tak tengok APM pong!

Tuesday, July 12, 2011

Fast Furios! Fast 5!


walaupun filem ni da abis pun wajib tayang kat cinema tapi aku hanya sempat tengok minggu ni.
keseluruhan pilem ni aku bagi terbaik la dari FF trilogi ni.Dengan jalan cerita yang padat dan aksi mencabar aku rasa pilem ni bole bagi markah penuh.Pengambaran yang dilakukan sepenuhnya di Brazil dan Ditambah pula dengan kembalinya watak2 lama dari FF 1 sehingga FF5 jalan cerita semakin mendebarkan. Pastu ditambah dengan penampilan baru dari The Rock..perghh makan ganas..aku tengok body The Rock makin mantap dari pilem2 yang sebelum ni. Dengan botaknya dan gaya misai dan beard yang baru menampakan Dwayne Johnson tu macam hero terhebat.lepas ni aku pasti..mesti buat satu filem untuk watak tu..korang tunggu la..mesti ada punya.Tapi aku puji pilem antarabangsa ni bukan nak mengatakan pilem melayu tak bagus..ada yang bagu jugak.Filem antarabangsa pun bukan semua nya bagus..ada juga yang hampeh! Semalam pong aku ada layan cerita filem Your Highness..cerita yang berkisarkan zaman ala2 prince princess and wizard ni menggunakan dialog ala2 campur moden dan lama.Ia tak sesuai untuk budak2 sekolah sebab banyak cursing..ala macam F**K u..tapi kelakor la..dan jalan cerita pun hanya untuk orang dewasa memahami.So ia adalah sebuah cerita adult comedy. minggu depan tak tau nak layan apa lagi..tapi aku tengah tunggu Green lantern,Super 8 dan Transformer 3D. Nanti aku bagi komen ye..




ps : ni la jadi bile tade keje..layan movie jek